Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

30 May 2012

Hari malas sedunia.

Kalau nak diikutkan hati, azam cuti dua minggu ini ingin menjadi seorang lebih produktif dan lebih rajin. Tapi apabila mata sebelah kanan menghadap latihan sebelah mata lagi menghadap tweet-tweet di Pencicit. Hai ~ Tergoda betul iman.


Cuti Cuti Clifford pun tak berapa nak siap lagi. Buku sekolah dah tak tersusun rapi. Folio Sejarah dan Geografi pun masih letak merata tempat. Kawan dalam kumpulan belum habis balik bercuti. Hari ini dah hari khamis. Ya Allah! Apa dah jadi dengan aku sekarang ini??


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." [Al-Anfaal 8:53]

-------------------------------------------------
Cuti tanpa kelas tambahan itu bosan. Amat bosan.

2 comments:

  1. Cepat masa berlalu kan ?? Ramai org sekarang nie dlm kerugian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi tidak kepada orang yang soleh dan juga yang mengerjakan amalan (:

      Delete

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .