Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

30 October 2012

Mahalnya suara.

"Saya dah banyak kali cakap Alissa. Awak kena keluarkan suara daripada perut. Sebut satu persatu liriknya dengan betul. Baru suara awak jelas kedengaran di speaker." 

Aku tersengih bak kerang busuk. Bukannya aku tidak tahu, bukannya aku merasakan itu perkara yang baru. Tetapi entah kenapa, sekiranya aku lakukannya dengan sepenuh hati, tidak memberi kesan yang lain. Sama saja. Hai, takkan tidak yakin?

Cikgu Rizman tidak memberi sebarang reaksi. Mungkin sudah mangli dengan caraku ini. Suara aku yang tidak sama volume dengan kawanku yang lain juga tidak dapat diperbetulkan lagi. Ahh. Environment sekitar rumah katakan. Ibu tak bagi aku nyanyi kuat-kuat di rumah ketika aku masih lagi di peringkat sekolah rendah. Takut mengganggu jiran katanya. Hai.. Jadi terbiasalah pula.

"Tak apalah Alissa. Kita sambung latihan pada lain hari." Tutup bicara guru dedikasi itu.

--------------------------------------------------


Aku memandang sayu kakak kesayanganku. Diusap-usap perutnya yang sekian lama sakit. Semakin hari semakin cengkung muka kakak. Sakit apa ya kak?

"Kakak, esok ada latihan nyanyian lagi. Mahu ikut?" Pelawaku.

"Tak apalah dik, akak tak kuat lagi. Perut ini sudah pencen agaknya. Kesian perut menjadi mangsa. Akak selalu guna untuk perkara yang lalai." Lawaknya yang tak menjadi itu menjadikan aku membatu seketika. 

Kakak mulai semakin berubah. Sanggup lepaskan hubungan tidak halal (couple) kerana jaga cinta. Sanggup hijabkan tubuh dengan baju longgar dan tidak mengghairahkan lelaki sewenang-wenangnya. Mendalami agama apa agama itu sebenar-benarnya. Kadangkala aku hairan. Mengapa berubah ya kak?

"Sekurang-kurangnya. Akak nak penghabisan hidup akak dengan adanya iman dik. Bukan penuh dosa yang ada. Adik, tidak salah engkau nak berhibur, tetapi landasannya kena betul. Kalau tak, mahunya terbabas kau nanti. Hehehe."

Kakak. Apakah semua ini?

----------------------------------------------

"Kakak kau ada pembedahan hari ini?" Tanya Asyraf.

Aku mengangguk saja. Tiada respon dengan lisan. Sudah penat bersuara lagi. Risau? Jangan cakap. Rasa mahu duduk dalam bilik pembedahan untuk jaga kakak. Tapi mana mungkin aku akan diberi kebenaran sebegini.

"Tak apalah. Yang penting kita lakukan latihan dahulu." Sambungku.

Kami melakukan latihan seperti biasa. Entah kenapa tiba-tiba Asyraf mencelah, "Kau tak keluarkan suara dari perut dan suara kau perlahan. Cuba sebut betul-betul."

"Macam mana nak keluarkan suara dari perut?" Soalan itu juga aku jawab. Dush!

"Lah! Takkan Mr. Sam tak ajar kau? Bukan kita ada ke sewaktu kelas vokal tahun lepas?"

Nah! Rasakan tamparan kata. Rasanya aku tak akan pernah jadi penyanyi yang terbaik. Diibaratkan orang yang tak pandai melukis tapi guna cara sendiri untuk melukis. Oh gagal! Kerana dia tidak ada asas dalam melukis. Melainkan ianya anugerah dari Illahi.

-------------------------------------------------------------

"Kakak.." Aku peluk tubuh yang sudah semakin susut itu dengan ciuman pipi yang ikhlas.

Kakak senyum tawar. Tangannya menggenggam sebuah Al-Quran kecil berwarna merah jambu. Semakin lusuh. Kakak suka baca Quran, katanya, Quran ibarat diari kehidupan. Sehari tak baca, tak senang duduk dibuatnya. Kasihan kakak duduk di hospital yang penuh bau ubat. Kasihan tangannya penuh wayar-wayar diperlukan.

"Macam mana latihan tadi? Ok?" 

"Hehehe. Banyak kali kena tegur. Rasa nak nangis pun ada. Tension sangat. Apa rahsia akak ya? Suara dahlah macam Siti Nurhaliza. Heee." 

"Tak ada rahsia. Cuma perlu dengar kata cikgu. Entahlah, akak rasa macam semua yang terjadi kepada akak adalah ujian. Suara lunak itu ujian juga adik. Adakah dengan kelebihan itu kita guna untuk jalan yang betul ataupun menjadi halwa telinga kepada lelaki yang berniat tidak baik?"

Kening aku bertaut. "Maksud akak?"

"Akak penat menjadi orang yang digilai ramai. Akak penat disuruh menyanyi. Akak fikirkan suatu hari nanti, akak bakal ada suami yang mungkin akan cemburu dengan 'mahal' yang ada ini dik. Akak ingin sekali berbakti kepada agama walaupun hidup akak tak lama lagi."

"Akak jangan kata begitu. Takutlah."

Senyumannya koyak. "Akak tak pernah takut mati. Akak nak jumpa Dia." 

Kakak...

--------------------------------------------------------

"Mcam mana sayang? Ok tak?" 

Suami aku selalu memberi aku peluang untuk aku betulkan liriknya itu. Ahh, terharu pula dihargai. Ahaks!

"Okay. Bagus kata-katanya. Kalau orang dapat dalami maksudnya, mesti orang akan tahu Islam itu indah kan abang?"


Dia mengangguk sambil tersenyum lalu berkata, "Berhibur itu biar betul. Biar ikut syariat takdalah sampai lirik jadi 'najis'. Hehe. Kan seronok macam kita ni. Abang buat lirik, sayang buat melodi. Sayang nyanyi abang pun nyanyi." 

Aku ketawa. Lucu sungguh mimik mukanya. "Tapi, kita-kita aje yang dengar. Jangan bagi orang lain dengar." Tegas suaranya.

" Kenapa?" "I'm yours and you're mine."

"Cewah.. Hahahaha.." Pipiku rasa panas pula. Ahaks!

Suamiku salah seorang daripada ahli kumpulan nasyid terkemuka di negara ini pada zaman itu. Alhamdulillah, dijodohkan dengan orang yang sama minat denganku. Kerjaku sentiasa beri pendapat dan idea dalam mencari jalan yang menarik untuk mengajak umat untuk melakukan kebaikan dan kami melakukan lagu sebagai medium dakwah! 

Aku suka kerana aku mungkin bukan penyanyi yang terbaik tetapi aku mungkin boleh berusaha menjadi seorang muslimah yang cantik di mata Tuhan.

Ahh. Aku rindu arwah kakak. Kalau kakak tengok keadaanku sekarang, pasti dia bangga. Kakak, kini aku sudah faham akan kata-katamu. Aku percaya ini yang kau idamkan sewaktu kau bersamaku. Syukran kak.

1 comment:

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .