Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

31 May 2012

Zikrullah.

Ustaz fardhu ain waktu sekolah rendah pernah cakap. Binatang yang paling banyak berzikir antaranya KATAK. Kita selalu dengar dia buat bunyi 'ong ong ong' waktu hujan tapi kita taktahu bahawa mereka sedang berzikir kepada Allah kerana mereka bersyukur Tuhan bagi rahmat hujan kepada seisi bumi. 


Malu sikit dengan katak. Katak yang duduk status 'haiwan' pun tahu berzikir kepada Allah (tapi dengan cara merekalah). Kita yang dah ada akal yang sempurna pun tiada masa nak berzikir kepada Allah. Kita ada masa nak tunggu eject remove pendrive tapi takkan tak ada masa nak memuji dan mengingati Dia?


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." [Adz-Dzaariyaat 51:56]


-----------------------------------------------
Patung katak itu selalu jadi peneman tidur. Katak adalah makhluk yang comel. Amat comel.

1 comment:

  1. masyaAllah :)

    akak rasa katak ni lebih baik daripada kita , manusia . walaupun dia haiwan , takde akal tapi dia tak lupakan penciptanya , Allah s.w.t .

    ReplyDelete

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .