Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

02 June 2012

Tangan breakdance.

Waktu darjah empat, saya ada belajar tentang sheet music. Selalu juga dapat A dalam Subjek Muzik. Tapi waktu darjah lima, cikgu yang ajar saya tentang muzik pindah ke Muadzam Shah. Sedih. Sangat sedih. 


Saya taktahu kenapa sejak kebelakangan ini saya rasa nak kembali main benda alah yang dipanggil Pinano. Saya nak merasa tangan saya menari semula tapi sayang kerana mak saya nak saya lebih tumpukan perhatian terhadap PMR. Paling penting, saya taknak terlalu obses dengan hal dunia seperti ini daripada saya terleka apa tanggungjawab saya sebagai pelajar. 


"Main jangan sampai jadi najis" -Ustaz Azhar Idrus-


Saya pasti alunan muzik di SYURGA lagi seronok lagi happening lagi merdu lagi ummpphhh daripada alunan muzik di dunia.


----------------------------------
Nak cari chord lagu Sandaran Hati. Saya ingatkan lagu itu mengisahkan tentang cinta rupanya lebih kepada unsur ketuhanan. Lagipun, maafkan saya. Hari ini kehilangan untuk madah kata, hati sedang ditusuk sembilu dek masalah yang menimpa tak henti-henti.

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .