Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). [Az-Zukhruf 43:67]
Aku mahu persahabatan kita bertiangkan agama dan keredhaanNya. Insyaallah kita akan berhimpun semula, bergembira semula, berseronok semula seperti zaman kanak-kanak di tempat yang abadi. Di Jannah. Insyaallah. Wahai masa! Mengapa kau berlari begitu pantas?
------------------------------------------
Gambar waktu darjah 6 (saya tiada dalam gambar). Zaman kegemilangan kami sebagai pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang 2007-2009 dimana memecah rekod 21 orang pelajar mendapat 5A dalam UPSR.
No comments:
Post a Comment
Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .