Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

13 July 2012

It's coming ~

Ok. Buku ni dah lama saya beli tapi tak ada hati nak baca. Saya baru mula nak baca secara lompat-lompat (ikut bab) dalam buku ni. Alang-alang lagi 7 hari dah nak dekat Ramadhan, saya kena banyak study tentang Ramadhan yang akan datang tak lama lagi. 

Persepsi saya tentang puasa di Bulan Ramadhan ini bukannya tentang menahan lapar dan dahaga semata-mata. Kalau kita tengok balik pengertian puasa dari segi bahasa pun bermaksud menahan diri. Semuanya tentang menahan diri daripada terkena godaan nafsu sendiri. Laa ni kalau perangai macam hantu juga di Bulan Ramadhan, hakikatnya itu adalah diri kita . . . . yang sebenar.

Betul tak?

Apa guna puasa kalau tak solat? Apa guna puasa kalau asyik mencarut? Apa guna puasa kalau tak dapat control marah? Apa guna puasa kalau asyik mengumpat? Kuantiti puasa kita saja yang banyak tetapi kualiti . . . kosong.. kosong.. *lagu najwalatif*

Awak sayang Allah, mesti awak akan bagi yang terbaik punyee untuk melaksanakan perintah Dia bukan? 

Baiklah. Selamat menyambut Ramadhan kawan. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat mengejar satu malam yang jauh lebih baik daripada seribu malam. Malam Lailatul Qadar.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [Al-baqarah 2:183]
------------------------------------------------------------------------------------
Menangislah sekiranya Ramadhan akan mulai menutup tirai kemudian hari. Barangkali, mungkin ini kali terakhir kita akan menyambut bulan yang penuh barakah ini. Festival Ibadah yang datang setahun sekali saja.

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .