Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

29 May 2012

#Kuantan.

Saya duduk termangu atas batu besar. Bak kata ayah saya, batu-batu dekat situ daripada batu letusan gunung berapi. Saya macam "Ayah, bukan Malaysia tak ada lingkaran api Pasifik ke? Si pakar geologist ini pun jawablah "Kita tak boleh jangka zaman dahulu macam mana." Yes! Jawapan beliau berbaur pedang. Halus tetapi tajam. Ia membuatkan saya teringat Surah Yaa Siin ayat 82 yang berbunyi :

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu : "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

Allah Maha Hebat. Dia boleh buat apa sahaja. Subhanallah!

Saya melihat adik saya bermain truck dekat tepi pantai. Main baldi istana dan tempat penyiram pokok (maybe) dimana itu adalah alat mainan yang paling saya suka. Hehe. Saya rasa kalau saya main ini akan memalukan saya sebagai perempuan Melayu terakhir *muntah hijau* Ok. Tak adalah sampai begitu sekali tetapi orang akan menilai kita daripada itu bukan? lol 

Argh. Wahai masa, kenapa berlari terlalu pantas? Kalau saya tahu jadi seorang remaja itu lebih sukar daripada jadi budak-budak, dah lama saya menghargai setiap detik kanak-kanak saya. Ya, rasa dah nak dekat mati pun ada. Lagipun ada satu ayat hikmah yang boleh saya petik di sini : Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati.

~ Bukan saya tidak bijak tetapi saya cepat alpa. Assalamualaikum.

-----------------------------------------------------
Kepada member saya yang sedih saya pergi delete gambar-gambar dekat Facebook. Jangan risau. Saya akan upload dalam blog ini saja. Asyik sangat upload dekat FB, berhabuk blog ini. Sorry guys. Kalau rajin, follow blog ini *promote sekejab*. Hahaha No harsh feelings ok. Tak paksa pun (:

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .