Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

14 November 2012

Tak kenal maka tak cinta.

#Pelajar PMR dah kematu duduk rumah sementara tunggu result. So do I. 
Saya ingat lagi ketika saya Form 2. Saya tak suka belajar Bahasa Arab. Kalau boleh nampak buku teks Bahasa Arab pun saya rasa nak campak jauh-jauh *hiperbola semata-mata*. Ustazah yang sedang mengajar depan kelas pun saya bersikap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kasihan Ustazah yang ingin pelajar menangguk ilmu bahasa ahli syurga itu. Pelajar seperti saya ibarat menangguk ilmu selepas itu buang bazir saja.

Entah bagaimana saya naik Form 3, minat itu mulai dirasai. Bahasa Arab yang saya fikirkan itu satu bebanan sekarang menjadi satu keseronokan. Mana tak seronok kalau baca Quran, kita boleh tahu sedikit sebanyak ayat yang kita faham walaupun sedikit saja. Rasa bangga dapat buat ayat sendiri walaupun ayat cuma, "Ana azhabu ila madrasah bi sayyarah abi.

Alhamdulillah, dengan berkat Allah, saya mula buka buku nota Arab saya sewaktu cuti sekolah tahun lepas. Saya dapat rasakan ada best nya juga belajar Bahasa Arab walaupun cuma jeling-jelingan manja. 

Persoalannya, bagaimana nak lahirkan sifat cinta kepada sesuatu perkara yang kita harus cintai tetapi kita tidak mampu mencari cinta itu? Kita perlu KENAL. 

Begitu juga dengan cinta Allah. Nak rasa cinta Allah, kita patut kenal Tuhan kita. Dengan bagaimana? Kita baca Quran tentang kekuasaanNya. Tipu kalau tak faham. Terjemahan kan ada? Kalau tak mampu beli Quran terjemahan, boleh tengok secara online. Ruginya kalau kita khatam banyak kali tetapi intipati Quran tidak pernah kita ambil tahu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Azzah, maksud "Ana azhabu ila madrasah bi sayyarah abi" tu apa? :( AKak tak pandai bahasa Arab :( Ha lagi satu, bila Azzah nak ajar akak Bahasa Arab? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak. Maksud dia ' I go to school by my father's car' :D Simple je ayat saya. Hehehe

      Aahlah. Dah lama dah terhabuk kelas Arab. Saya punya nota taktahu letak mana. Risau terbuang bahan Arab T_T

      Delete

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .