Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

22 June 2012

Tiang Agama.

Hari ini sekolah saya banjir. Banjir dengan airmata. Saya berharap airmata yang berkualiti. Terus terang hari ini rasa lega sangat. Lega tentang apa? Biar saya sorang saja yang tahu. Hehehe.


Sebelum ini saya ada dengar kuliyah dekat televisyen tentang SOLAT. Kenapa solat itu merupakan tiang agama?  Kerana dalam solat yang kita laksanakan itu ada kesemua rukun Islam yang terkandung. Tak percaya? Jom terjah satu-satu.


Mengucap dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Dalam solat juga kita kena baca kalimah syahadah dalam tahiyyat awal dan akhir. Kalau tak baca, solat kita tidak sah.


Menunaikan solat. Kita wajib melakukan solat lima waktu sehari semalam. Ingat. Celakalah seseorang itu sekiranya dia tidak melakukan solat. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang, apa gunanyaaa ~


Berpuasa di Bulan Ramadhan. Berpuasa yang dimaksudkan adalah kita tidak boleh makan dan minum ketika solat. Solat kita akan batal sekiranya kita makan dan minum. Selain itu, kita harus menahan diri daripada melakukan pergerakan lebih daripada 3 kali.


Mengeluarkan zakat. Zakat daripada segi bahasa bermaksud bersuci. Kita wajib mengambil wudhu' terlebih dahulu sebelum bertemu dengan Allah. Kita kena sucikan diri sebelum dating dengan Allah. Kalau tidak, solat kita tidak sah juga ^^Y


Menunaikan haji di Mekah. Baiklah, bukankah kita wajib menghadap kiblat apabila menunaikan solat?  Hehehe. ^^Y


Saya berkongsi apa yang saya tahu. Semoga jadi pedoman! (Y)



Wahai sekalian orang-orang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah 2:153]

---------------------------------------------------------------------------
Kak Alia bagi saya something pagi tadi. Suka sangat! Terima kasih akak ^^  

2 comments:

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .