Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

28 June 2012

Rasa kerdil.

Cikgu kata anak murid beliau sebelum ini ada yang sanggup datang ke sekolah semata-mata ingin tuntut ilmu walaupun dia demam. Sampai tangan dia terketar-ketar pegang pen. Cikgu nak hantar dia pulang ke rumah pun dia taknak. Dia kata, "Kalau saya pulang, siapa mahu ajar saya?" Saya? Pening sikit dah rasa nak cuti sehari.

Beliau juga ada seorang lagi anak murid yang ada perangai pelik. Dia tidak datang ke sekolah sepanjang hari Rabu semata-mata tidak mahu pakai pakaian beruniform. SEMATA-MATA. Tetapi, pada keesokan harinya, dia akan cari cikgu-cikgu yang berkaitan dengan P&P pada hari Rabu. Kenapa? Suruh ajarkan balik apa yang telah diajarkan kepada kawannya yang lain. Siap tempah cikgu suruh ajar waktu belah petang. Subhanallah.

Tapi mereka berbangsa Cina. For sure, non-muslim. Orang Melayu. Tak rasa malu ke? Orang Melayu. Tak ingatkah menuntut ilmu adalah tuntutan Islam? Orang Melayu. Tak sedarkah kita semakin merudum? Orang Melayu. Perlukah kita kata "Semangat gila kau! Chill lah. Tak payah beriya sangat."? Orang Melayu. Err... Ke sudah semakin layu??

Bukan saya tak sokong bangsa sendiri, tapi yang baik kenapa kita segan? Yang buruk kita megah lakukan? Saya pun tak lepas juga perasaan sebegitu tapi tak bermakna saya berhenti fikir tentang ragam orang Melayu. 

Saya? Rasa sangat kerdil. Saya seolah-olah berusaha atas angin sedangkan orang lain buat bagai nak . . . . gila?! Argh. It reminds me about PMR. 


---------------------------------------------------
Credit to my cikgu Geografi saya. Beliau seorang yang sangat prihatin terhadap anak murid beliau. Begitu juga dengan isteri beliau (merangkap cikgu Sejarah saya untuk kelas tambahan) ^^


 Doakan rumah sukan CTL (Hijau) menang! (Ada kaitan ke?)

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .