Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

19 February 2012

Be Strong.

"God will not give a burden you can't handle. God knows you can do it."
[Al-Quran 2:286]
Lama saya tak update blog ni . Almaklum dah jadi calon PMR ni boleh tahan sibuk juga . Setiap hari ada kelas tambahan tak kiralah petang ataupun malam tapi tanggungjawab solat alhamdulillah saya tak lupa melainkan saya dapat 'cuti raya' . Hehehe .

Saya akui saya penat sangat jadi pelajar Form 3 . Taktahulah kenapa saya rasa begitu . Mungkin tak cukup rehat rasanya . Tapi tipulah sebab saya ada masa nak online Facebook lagi tahu *peace* HEHE . Kepada yang ambil periksa penting tahun ni , jangan ikut perangai saya tahu .

Tapi walaubagaimanapun , hidup kena teruskan . Bak kata ayahanda pengetua sekolah , man jada wajada yang membawa maksud sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat hasilnya . Jadi , korbankanlah sikit masa kita yang ada ini dengan belajar ok . Selepas itu , barulah kita buat apa yang kita nak :)

Baiklah malam semakin lewat . Baik saya tidur dahulu . Assalamualaikum . Mulakan hari esok dengan bismillah . Insyaallah kita akan lebih bersemangat nak pergi sekolah . Caiyok ! 

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .