Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

20 November 2012

Pertemuan.

#Warning awal. Saya menulis apa yang saya terfikir dekat dalam kepala. Just for fun.

Aku melihat aku memerhati
Argh. Seperti dejavu.
Macam tayang semula filem bisu.

Aku dan kau
ingatkah saat pertemuan itu?
Tak sedar yang manis itu
menjadi bahan basi saja.

Aku dan kau
berpura-pura tidak tahukah kita?
Tak sedar pujukan hati ini
ingin kita berubah ke arah 'khair.'

Aku dan kau
mengapa aku perlu bertemu denganmu?
Tak sedar diri ini dalam ujian
diiringi dengan ketukan hidayah pada pintu hati.

Aku dan kau
kenapa bayangan itu kembali lagi?
Tidak sedar sudah ada Dia
Dia yang Memahami dan Menyayangi aku.

Aku dan kau
adakah kau masih menanti nyanyian hati ini?
Tidak sedar diri ini 
Langsung tak kenal lagu hati sendiri.

Aku dan kau
cuma kisah lama.
Boleh dibuang dalam laut hitam
biar diri ini buka lembaran baru.

Aku dan kau
mampukah kita . . . . bersatu semula?
Doakan ya.

1 comment:

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .