Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

30 August 2012

Moga jadi pengajaran.

Saya pasti semua orang mahukan kejayaan. Begitu juga saya. Tapi walau bagaimanapun, pandangan ataupun persepktif seseorang dalam kejayaan itu lain. Sebagai contoh, dia daripada asalnya dapat C banyak tapi boleh naik B subjeknya (B strong k!) itu pun dia dah rasakan kejayaan yang besar. Bila dia dah nampak peningkatan, dia dah ada semangat untuk struggle . . . Betulkan?

Saya buka saps tadi. Trial saya cuma 4A 5B. Sikit sangat A saya kalau nak bandingkan kawan-kawan saya. Ada 7A, 6A dan straight A. Sedih sehinggakan saya tak datang sekolah harini. Ok, jangan ikut. Tindakan kurang cerdik itu. 

Seharian ini, saya refleksi diri. Saya cari subjek yang mana lemah yang mana saya mampu buat. Saya cari solusi untuk kawal emosi. Saya habiskan study dua killer subject dalam bilik. Seriously, saya rasa MENYESAL sangat-sangat tak pergi sekolah tapi . . . argh. Mana mungkin orang akan faham situasi saya ini :)

Bak kata kawan saya, Awatif "Azzah, kau dah banyak meningkat. Sains kau A macam waktu sekolah rendah. Kau pandai tapi waktu kau Form 2, kau tunggang-terbalik sikit." Selepas itu, Fatin menyampuk, "Jadi janganlah couple. Kau kena faham ini melibatkan keberkatan ilmu. Orang yang bercouple hidupnya penuh dengan zina hati. Orang yang buat maksiat memang susah nak fahami ilmu yang dipelajari."

Couple. Saya pernah jadi mangsa couple. Alhamdulillah setahun sudah saya lepaskan ikatan yang tak pernah halal itu. Saya bodoh waktu itu. Saya jahil ketika itu. Argh! Rasa nak putarkan semula masa agar saya fokus kepada pelajaran saya. Tapi, masa tak pernah berhenti separuh jalan. Berjalan tanpa kerelaan kita. Tapi saya ingat bingkisan ayat cinta Allah yang berbunyi :

"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Al Baqarah 02:216]

Apabila saya fikirkan semula, Alhamdulillah.... Tuhan berikan saya klu untuk teruskan hidup. Allah beri peringatan untuk terus mencari ilmu, untuk terus memelihara cinta kepada selayaknya. Ya Allah, percaturan hidup yang Allah beri sangat indah! 

Selepas setahun berlalu, saya seperti dapat bernafas semula. Saya dapat kehidupan saya semula. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .