Saya perhatikan orang sekeliling saya dimana mereka banyak yang lupa akan maksud aurat terutamanya aurat perempuan. Aurat perempuan adalah SEMUA anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Saya tahu orang mesti abaikan yang lengan tangan dan juga kaki kita sendiri. Lengan tangan boleh pakai handsock asalkan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk dan longgarlah. Kaki pula boleh pakai stokin. Kalau taknak, pakai kasut. Kalau taknak, pakai kain/seluar labuh sehingga yakin orang tak nampak kaki kita. Islam senang bukan? Awak nak tutup kepala awak dengan baldi pun boleh. Asalkan tertutup ^^ hehe
Baiklah kita mulakan ya. Sebelum itu awak perlukan : tudung bawal (sama ada bidang 45/50/55/60), 1 jarum, 3 pin tudung (salah satunya ada bentuk comel macam bunga hehe). Oh ya! Kepada yang guna bidang 45/50/55 kena pakai inner neck. Tudung bawal dia jarang so kena pakai kalau tak, nampak bentuk leher awak (:
OK! Pertama :
Awak pakai tudung macam biasa. Macam biasa pin dan samakan bawah dia.
Selepas itu, awak ambil salah satu belahan tudung itu dan awak ambil dalam dia dan pinkan di bahu macam dalam gambar yang saya dah tunjuk dekat atas.
Selepas itu, awak ambil belahan lagi satu. Awak ambil dalam dia juga tetapi awak tak pinkan dekat bahu tapi dekat kepala (macam pelik je istilah macam tu HAHA). Btw, pin guna jarum peniti ^^
Ok. Kalau awak perasan waktu awak cuba, awak akan nampak bahagian leher awak tu nampak macam messy jadi awak bawa dia ke tepi sikit. Awak pinkan dengan pin tudung comel tu bertentangan dengan pin dekat kepala tu. (faham tak ni???)
DONEE!!!
Ok. Kalau ada yang tak faham. Komen dekat bawah. Insyaallah, saya akan bantu ^^ Owh! Lagipun, saya guna tutorial kak Dena Bahrin. Hehe. Boleh tengok video dia di >sini<. Memang sejibik saya buat macam dia.
"...janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [04:31]
Jangan asyik ikut citara sendiri. Hukum Allah juga wajib kita kena ambil kira ^^
"...janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [04:31]
Jangan asyik ikut citara sendiri. Hukum Allah juga wajib kita kena ambil kira ^^
-------------------------------------------------
Saya guna bidang 60. Oleh sebab itu, dia nampak agak labuh. Hehe (Y)
eh awk , knp tk buad video je ? senang skit owg nk pham , BTW , jom join GA ika , byk hadiah ade :)
ReplyDeletehttp://jomjoingiveaway.blogspot.com/2012/05/simple-giveaway-by-syafiqah-screamo.html
Kamera takda ^^ And segan duduk depan kamera sebenarnya. Hehehe.
Deletetertutup itu indah kan? :) kita tak sedar,sebenarnya banyak fesyen2 bertudung sekarang yang seakan-akan sama dengan agama lain. :/
ReplyDeleteawak tahu tak nak beli tudung bawal 50/55 kat mane? Hihi. Sebab susah skrg nak cari ._.
ReplyDelete