Andai manusia tahu akan keindahan ciptaan Illahi , aku pasti akan berhenti sebentar dunia ini.

16 June 2012

7 petala.

Assalamualaikum. Sebelum tangan ini menari dengan lincahnya (ayat tak menang betul lol), saya ingin memetik potongan ayat daripada Kalam Quran :


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda ( kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Israa' 17:01]


Isra' Mikraj. Perjalanan yang panjang itu disingkatkan menjadi semalaman. Ramai orang kafir mengatakan Rasulullah gila dan ada juga yang tidak percaya akan kata-kata Rasulullah namun sahabat dunia akhiratnya, Saidina Abu Bakar membenarkan apa yang baginda katakan. Rasulullah seorang yang jujur. Mana mungkin dia menipu. Gelaran Al-Amin itu sangat sebati kepada diri baginda.

Saya rasa saya tak perlu mendifinisikan tentang Isra' Mikraj memandangkan kebanyakan semua orang tahu tentang peristiwa tersebut. Penggulungan kisah menarik yang boleh kita jadikan pengajaran adalah tentang SOLAT.

Bayangkan Rasulullah ulang-alik kepada Allah untuk mengurangkan bilangan solat. Baginda tahu bahawa kita tidak mampu memalkukan 50 waktu. Tapi sayang, lima waktu pun ada yang lompang lagi. Ada yang culas juga.

"Aku terlalu banyak berulang-alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepadaNya." [HR Muslim]

Jaga solat kerana solat adalah perkara yang pertama Allah tanya dekat Akhirat nanti. 

Tahun Kesedihan yang dilalui baginda ada kemanisan yang menanti selepas itu. Malam yang panjang tapi hakikatnya dipendekkan menjadi semalaman.

---------------------------------------------------------------
Pasang lagu ala-ala reggae. Macam nak menari joget lambak pun ada HEE ^^Y

No comments:

Post a Comment

Orang yang berkata baik-baik adalah orang yang sangat disayangi oleh Allah .